Rabu, 23 Disember 2009

Tahniah dan Ucapan Penghargaan

Saya selaku penasihat Pibg SK. Kemahang mengucapkan Tahniah dan setinggi-tinggi penghargaan, jutaan terima kasih kepada Saudara Mohd. Nizam B. Kamaruzaman kerana telah berjaya dalam urusan permohonan pertukarannya ke Wilayah Persekutuan Labuan Sabah. Saudara Nizam merupakan anak jati Kg. Kemahang, bekas murid dan bekas guru SK. Kemahang sebelum melanjutkan pengajian dan dinaikan pangkat mengajar di SMK Panglima Garang Abdul Samad, Budu.

Saudara Nizam merupakan Pengerusi Pibg SK. Kemahang. Biarpun kesibukan dengan tugasnya sebagai guru, beliau sering memberi ruang, kerjasama dan sokongan kepada setiap program Pibg dan aktiviti yang dijalankan di SK. Kemahang. Sebagai seorang bekas guru di sekolah ini beliau mempunyai banyak pengalaman dan faham dengan selok-belok persekolahan dan faham dengan kehendak masyarakat setempat.

Kami warga pendidik dan Pibg merasakan satu kehilangan besar, tetapi tetap berdoa dan berharap semoga Saudara Nizam meneruskan kecemerlangan di tempat baru. Semoga Saudara Nizam seisi keluarga akan terus dirahmati Allah s.w.t dapat meneruskan khidmat walau dimana sekalipun. Kami masih memerlukan sokongan daripada Saudara Nizam walaupun berjauhan.

Selamat majujaya suadara Nizam.

Selasa, 15 Disember 2009

Perlawanan Bolasepak Persahabatan

Kepada semua bekas pelajar SK. Kemahang lelaki berusia 40an ke atas pada 1 Januari 2009. Sila daftarkan diri sekiranya berminat untuk bermain bolasepak persahabatan dengan pasukan guru-guru dan staf SK. Kemahang. Tarikh dan masa perlawanan akan dimaklukan kemudian. Sebarang pertanyaan sila hubungi setiausaha Pibg SK. Kemahang melaui HP: 017-2882526 atau Penasihat Pibg HP: 014-2932108. Tempat perlawanan ialah di padang Awam Kg. Kemahang.

Terima kasih.

Ahad, 13 Disember 2009

Mesyuarat AJK Pibg Ke-2

Mesyuarat AJK Pibg Ke-2
11.12.2009
9.00pagi
Bilik Makmal Komputer

Mesyuarat AJK Pibg Kali Ke-2 telah diadakan di Bilik Makmal Komputer pada 11.12.2009 lalu. Tujuan mesyuarat ini diadakan adalah untuk membincangkan beberapa aktiviti Pibg akan datang serta kata sepakat tentang jumlah bayaran Yuran Tambahan Tahun 2010.

Mesyuarat telah bersetuju sebulat suara bahawa jumlah bayaran Yuran Tambahan Tahun 2010 sebanyak RM32.50. Satu jumlah yang tidak membebankan ibubapa dan penjaga. Mesyuarat juga telah bercadang untuk memajukan kawasan tanah terbiar dengan tanaman kelapa sawit.

Mohon kerjasama dan sokongan daripada kontoraktor yang berjaya membantu usaha murni Pibg ini dengan menyediakan mesin jentolak untuk meratakan tanah terbiar itu dan menyediakan teres bagi tujuan tersebut. Projek tanaman sawit di kawasan tanah terbiar ini dijangka akan menghasilkan pulangan lumayan dan dijadikan dana Pibg.

Dengan adanya dana tersebut Pibg mampu membantu urusan aktiviti sekolah yang memerlukan perbelanjaan. Antaranya perbelanjaan untuk mengadakan kelas bimbingan UPSR, membeli buku-buku kerja murid, perbelanjaan sukan tahunan serta aktiviti-aktiviti kebajikan.

Penasihat Pibg selaku Guru Besar SK. Kemahang sekarang turut mencadangkan supaya Pibg menyediakan satu Laman Blog khas untuk mengesan bekas-bekas pelajar SK. Kemahang yang telah keluar ke merata daerah dan negeri. Ramai dikalangan bekas pelajar yang telah berjaya menjawat jawatan tinggi di agensi kerajaan, korporat, ahli politik, bidang perniagaan, golongan profesional, kontraktor, agensi swasta, bekerja sendiri dan sebagainya. Semua golongan ini diperlukan untuk membantu Pibg SK. Kemahang.

Semoga dengan adanya usaha-usaha sebegini dapat membantu sekolah ini ke arah kecemerlangan. Untuk mencemerlangkan insan bukanlah satu perkara mudah. Kerjasama serta sokongan perlu dipertingkatkan. Ibubapa juga ada peranannya tersendiri. Perlu memahami tugas guru di sekolah bukan saja mengajar dan mendidik. Malah guru turut diberi tanggungjawab melaksanakan tugas-tugas sampingan lain.

Kepada bekas-bekas pelajar yang ingin memberikan sumbangan iklas samada dalam bentuk kewangan, material, cadangan dan buah fikiran. Anda semua dialu-alukan. Sumbangan dalam bentuk kewangan boleh terus disalukan kepada:

Bendahari Pibg
SK. Kemahang
27310 Benta
PAHANG DARUL MAKMUR.

Selasa, 1 Disember 2009

Bekas Pelajar SK. Kemahang

Marilah sama-sama kita menjadikan bekas sekolah kita cemerlang. kepada bekas pelajar atau murid tua SK. Kemahang, anda boleh menghulurkan sumbangan ikhlas kepada sekolah yang telah banyak berjasa kepada kita. Sokonganlah adik-adik kita, anak saudara, cucu atau tidak kira siapa yang masih belajar di SK. Kemahang. Berilah bantuan samada dalam bentuk kewangan, material mahupun sokongan moral atau motivasi. Julangkan nama SK. Kemahang sebaris dengan sekolah-sekolah elit yang telah banyak menghasilkan golongan profesional, tokoh korporat, ahli perniagaan, kontraktor berjaya.

Bantuan dalam bentuk kewangan mestilah melalui saluran Pibg sekolah. Sumbangan dalam bentuk tunai tidak digalakkan. Anda boleh menghantar cek sumbangan atas nama penerima Persatuan Ibubapa dan Guru-Guru SK. Kemahang dan hantar kepada:

Bendahari Pibg
SK. Kemahang
27310 Benta
PAHANG DARUL MAKMUR

Kami menghargai sumbangan ikhlas anda.

Terima kasih.